Thursday, October 10, 2013

Cara Hilangkan Jerawat Badan


CARA HILANGKAN JERAWAT BADAN



            Jerawat merupakan keadaan abnormal pada kulit yang disebabkan oleh gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak hingga menyebabkan liang roma tersumbat dan menyebabkan radang yang biasanya terjadi pada dada, belakang dan muka. Punca sebenar jerawat tidaklah diketahui tetapi para doktor yang melakukan pemerhatian telah memberikan faktor yang berlainan yang dikatakan penyebab masalah kulit ini. Walau apapun punca yang menyebabkan jerawat tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah mengatasi masalah ini daripada terus mengganggu dan membelenggu diri anda.


            Kehadiran jerawat sama ada di muka atau di badan selain menjejaskan penampilan, ia juga tidak langsung akan memberi kesan kepada jiwa seseorang seperi keyakinan diri dan kemurungan. Justeru itu, jangan ambil remeh perkara ini. Segera bertindak dan jangan anggap masalah ini akan pulih dengan sendiri. Malah ia akan bertambah teruk jika terus dibiarkan. Selain menggunakan ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor pakar, anda juga boleh mengatasi atau mengelak daripada masalah jerawat di badan ini supaya tidak berterusan.


Antara perkara yang boleh dilakukan untuk cara hilangkan jerawat badan ialah :

1.      Antara cara hilangkan jerawat badan, tukar pakaian dengan kerap dan amat disyorkan tukar sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam selepas mandi. Tukar juga baju anda selepas melakukan aktiviti di luar rumah sepanjang hari.


2.      Elakkan daripada menggunakan pakaian yang berlapis-lapis supaya bahagian dada dan badan anda tidak tertutup rapat dan boleh bernafas. Elakkan juga daripada memakai pakaian yang tidak menyerap peluh. Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan yang selesa, mudah menyerap peluh dan membolehkan kulit untuk bernafas. Baju yang terlalu ketat akan menyulitkan kulit bernafas dan menyebabkan bakteria penyebab jerawat dan bau yang tidak enak. Baju daripada jenis kapas, spandeks atau jersi merupakan jenis yang sesuai untuk individu yang berjerawat pada bahagian belakang.


3.      Rajin mandi dan membersihkan badan. Gunakan sabun yang sesuai untuk menghapuskan bakteria dan membuang sel-sel mati. Seeloknya mandi sebelum tidur kerana membersihkan badan sebelum tidur bertujuan mengelakkan pembiakan bakteria pada badan anda melalui peluh. Gunakan mandian anti-bakteria seperti Tes Tree Body Wash dan lain-lain yang boleh didapati di farmasi berdekatan anda. Elakkan memakai sabun biasa.


4.      Mandilah dengan bersih. Mandi dua kali sehari dengan cara yang betul. Gosokkan badan termasuk di ketiak, lipatan kaki, lengan sehingga ke bahagian belakang. Pilih sabun yang mengandungi Glycolic Acid atau yang khusus untuk kulit berjerawat. Elakkan sabun atau losyen yang tinggi kadar baunya. Mandi dengan menggunakan sabun bayi juga boleh membantu mengurangkan iritasi kulit yang menyebabkan jerawat semakin parah.


5.      Amalkan gaya hidup yang sihat. jauhi dan kurangkan makanan berminyak dan pedas kerana ini mampu merangsang penyakit juga. Amalkan pemakanan salad dan makanan berebus.


6.      Sentiasa tukar tuala, selimut dan cadar tilam anda. Paling kurang tukarlah sebulan dua kali.


7.      Sapukan gel atau krim 10% Peroxide selepasa mandi. Jenama yang terkenal adalah seperti Oxy, Tea Tree, Johnson & Johnson, Clean & Clear dan banyak lagi.


8.      Sapu bedak berubat seperti Agnesia atau Aiken selepas mandi.


Selain itu, cara hilangkan jerawat badan bahagian belakang, ia juga boleh dihilangkan menggunakan bahan semulajadi. Antaranya :

1.      Telur dan timun. Ambil sebutir telur yang diambil putihnya sahaja dan setengah biji timun. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam alat pengisar bersama timun yang dipotong kecil-kecil. Kisarkan semua bahan sehingga halus. Kemudian, sapukan bahan tersebut pada bahagian belakang badan sambil menggosok perlahan-lahan. Biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.


2.      Kacang Hijau. Ambil segenggam dua kacang hijau. Kisar kacang hijau tersebut sehingga halus. Kemudian, tapiskan kacang hijau tadi ke dalam sebuah bekas. Tambahkan sedikit air dan kacau. Kemudian sapukan pada bahagian belakang badan anda. Biarkan sampai kering dan cuci dengan air suam atau air biasa.


3.      Kiwi. Kisar sebiji buah kiwi dan sapukan pada bahagian belakang badan. Biarkan selama setengah jam sebelum dicuci.

No comments:

Post a Comment