CARA HILANGKAN JERAWAT
BADAN
Jerawat merupakan keadaan abnormal
pada kulit yang disebabkan oleh gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak
hingga menyebabkan liang roma tersumbat dan menyebabkan radang yang biasanya
terjadi pada dada, belakang dan muka. Punca sebenar jerawat tidaklah diketahui
tetapi para doktor yang melakukan pemerhatian telah memberikan faktor yang
berlainan yang dikatakan penyebab masalah kulit ini. Walau apapun punca yang
menyebabkan jerawat tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah mengatasi masalah
ini daripada terus mengganggu dan membelenggu diri anda.
Kehadiran jerawat sama ada di muka
atau di badan selain menjejaskan penampilan, ia juga tidak langsung akan
memberi kesan kepada jiwa seseorang seperi keyakinan diri dan kemurungan.
Justeru itu, jangan ambil remeh perkara ini. Segera bertindak dan jangan anggap
masalah ini akan pulih dengan sendiri. Malah ia akan bertambah teruk jika terus
dibiarkan. Selain menggunakan ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor pakar,
anda juga boleh mengatasi atau mengelak daripada masalah jerawat di badan ini
supaya tidak berterusan.
Antara
perkara yang boleh dilakukan untuk cara hilangkan jerawat badan ialah :
1. Antara cara hilangkan jerawat badan, tukar
pakaian dengan kerap dan amat disyorkan tukar sebanyak dua kali sehari iaitu
pada waktu pagi dan waktu malam selepas mandi. Tukar juga baju anda selepas
melakukan aktiviti di luar rumah sepanjang hari.
2. Elakkan
daripada menggunakan pakaian yang berlapis-lapis supaya bahagian dada dan badan
anda tidak tertutup rapat dan boleh bernafas. Elakkan juga daripada memakai
pakaian yang tidak menyerap peluh. Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan
yang selesa, mudah menyerap peluh dan membolehkan kulit untuk bernafas. Baju
yang terlalu ketat akan menyulitkan kulit bernafas dan menyebabkan bakteria
penyebab jerawat dan bau yang tidak enak. Baju daripada jenis kapas, spandeks
atau jersi merupakan jenis yang sesuai untuk individu yang berjerawat pada
bahagian belakang.
3. Rajin
mandi dan membersihkan badan. Gunakan sabun yang sesuai untuk menghapuskan
bakteria dan membuang sel-sel mati. Seeloknya mandi sebelum tidur kerana
membersihkan badan sebelum tidur bertujuan mengelakkan pembiakan bakteria pada
badan anda melalui peluh. Gunakan mandian anti-bakteria seperti Tes Tree Body
Wash dan lain-lain yang boleh didapati di farmasi berdekatan anda. Elakkan
memakai sabun biasa.
4. Mandilah
dengan bersih. Mandi dua kali sehari dengan cara yang betul. Gosokkan badan
termasuk di ketiak, lipatan kaki, lengan sehingga ke bahagian belakang. Pilih
sabun yang mengandungi Glycolic Acid atau yang khusus untuk kulit berjerawat.
Elakkan sabun atau losyen yang tinggi kadar baunya. Mandi dengan menggunakan
sabun bayi juga boleh membantu mengurangkan iritasi kulit yang menyebabkan
jerawat semakin parah.
5. Amalkan
gaya hidup yang sihat. jauhi dan kurangkan makanan berminyak dan pedas kerana
ini mampu merangsang penyakit juga. Amalkan pemakanan salad dan makanan
berebus.
6. Sentiasa
tukar tuala, selimut dan cadar tilam anda. Paling kurang tukarlah sebulan dua
kali.
7. Sapukan
gel atau krim 10% Peroxide selepasa mandi. Jenama yang terkenal adalah seperti
Oxy, Tea Tree, Johnson & Johnson, Clean & Clear dan banyak lagi.
8. Sapu
bedak berubat seperti Agnesia atau Aiken selepas mandi.
Selain
itu, cara hilangkan jerawat badan bahagian belakang, ia juga boleh dihilangkan menggunakan bahan
semulajadi. Antaranya :
1. Telur
dan timun. Ambil sebutir telur yang diambil putihnya sahaja dan setengah biji
timun. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam alat pengisar bersama
timun yang dipotong kecil-kecil. Kisarkan semua bahan sehingga halus. Kemudian,
sapukan bahan tersebut pada bahagian belakang badan sambil menggosok
perlahan-lahan. Biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.
2. Kacang
Hijau. Ambil segenggam dua kacang hijau. Kisar kacang hijau tersebut sehingga
halus. Kemudian, tapiskan kacang hijau tadi ke dalam sebuah bekas. Tambahkan
sedikit air dan kacau. Kemudian sapukan pada bahagian belakang badan anda.
Biarkan sampai kering dan cuci dengan air suam atau air biasa.
3. Kiwi.
Kisar sebiji buah kiwi dan sapukan pada bahagian belakang badan. Biarkan selama
setengah jam sebelum dicuci.